49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.
[SUMBER:FB post sharing rakan Internet].
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu
meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu
kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya
kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh
menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah
ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan
yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana
mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang
faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila
sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo,
New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah,
tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita
untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah
mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi
hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat
fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan
baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia.
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.
Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran
ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang
Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang
Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita
ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi
untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu
saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya
bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang
orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita
dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada
kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya
hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik
yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya
nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita
terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya
bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa
yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak
kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah
kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang
tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20
juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka
hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga
mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang
RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti
ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas.
Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan
fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak
dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa.
Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran
yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya
manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan
jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang
lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong
orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena
cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana
dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang
Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh
naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes
tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.
Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa
kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir.
Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa
yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh,
tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah
besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal
jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.
Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah.
Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas
air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan
hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh
buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya
fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka
kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya.
Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang
lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang
membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata
kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya
rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi
Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.
LOKASI : GONG KIAT-PADANG MIDIN KUALA TRG,GONG BADAK-WAKAF TENGAH, UNIVERSITI (UNISZA),UMT, ILP, MRSM , IPGM BATU RAKIT, INSTEP, AIRPORT, STADIUM GONG BADAK, PANTAI TELOK KETAPANG, IKS KEROPOK LEKOR BATU RAKIT.
Saturday, 13 June 2015
Tuesday, 9 June 2015
Banglo 6 bilik dan 3 ruang keluarga hanya RM350/mlm
Banglo 6 bilik dan 3 ruang keluarga hanya RM350/mlm
5km dari bandar kuala terengganu.
(5 hawa dingin dan 1 kipas siling)
Lokasi : Kg Gong Kiat,
Jalan Binjai Berambu
Kuala Terengganu.
Rumah guna 6 bilik : 17 orang atas katil masing masing.
Bilik 1-katil kelamin dan 1 katil bujang bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 2-katil kelamin dan 1 bujang, bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 3-Katil kelamin dan 1 bujang (hawa dingin).
Bilik 4-Katil kelamin dan 1 bujang(hawa dingin).
Bilik 5-katil kelamin (hawa dingin)
Bilik 6-katil kelamin dan 1 bujang(kipas)
Kerusi ruang tamu dan Televisen serta Sterika disediakan.
Pealatan di dapor asas sahaja seperti peti ais,pinggan,gelas,dapor gas,kuali,periuk.
Meja makan untuk 6 orang.
Berminat call Pak Deen : 019-9429842 atau whatsap 012-9543864
5km dari bandar kuala terengganu.
(5 hawa dingin dan 1 kipas siling)
Lokasi : Kg Gong Kiat,
Jalan Binjai Berambu
Kuala Terengganu.
Rumah guna 6 bilik : 17 orang atas katil masing masing.
Bilik 1-katil kelamin dan 1 katil bujang bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 2-katil kelamin dan 1 bujang, bilik air didalam (hawa dingin).
Bilik 3-Katil kelamin dan 1 bujang (hawa dingin).
Bilik 4-Katil kelamin dan 1 bujang(hawa dingin).
Bilik 5-katil kelamin (hawa dingin)
Bilik 6-katil kelamin dan 1 bujang(kipas)
Kerusi ruang tamu dan Televisen serta Sterika disediakan.
Pealatan di dapor asas sahaja seperti peti ais,pinggan,gelas,dapor gas,kuali,periuk.
Meja makan untuk 6 orang.
Berminat call Pak Deen : 019-9429842 atau whatsap 012-9543864
Monday, 1 June 2015
Pantai Batu Burok Dibuka Semula Untuk Perkelahan, Mandi
Author: Mohd Syazni Zainudin
28 May 2015 11:18 am
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mewujudkan Zon Mandian Selamat di Pantai Batu Burok bermula 4 Jun ini bersempena Karnival Sukan Pantai Antarabangsa Terengganu 2015.
Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mohamad Kamil Othman, berkata pelbagai aspek keselamatan disediakan bagi menjamin pantai tersebut selamat untuk aktiviti rekreasi dan perkelahan terutamanya untuk mandi.
“15 pengawal keselamatan pantai telahpun dilatih bagi persediaan jika sebarang musibah berlaku di kawasan pantai.
“Selain dari dua menara kawalan, had sempadan antara kawasan yang selamat untuk mandi turut diwujudkan dengan meletakkan boya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa sidang media Karnival Sukan Pantai Antarabangsa Terengganu 2015 di Bukit Panorama, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh.
Kamil berkata, pengawal keselamatan pantai tersebut akan ditugaskan di kawasan tersebut mengikut giliran yang akan ditetapkan.
“Kita telah tetapkan waktu bertugas untuk mereka. Mereka akan melakukan tugasan antara pukul 8 pagi sehingga 7 malam,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Homestay Banglo 6 bilik 5 aircond di Gong Kiat/Padang Midin Kuala Terengganu
(Rm380/day) Whatsapp : 012-954 3864 SEWAAN HARIAN : sebuah. Banglo setingkat 6 bilik 4 bilik air. 5 bilik hawa dingin + 1 bilik kipas...
-
Cepat !!!!! ada kekosongan 2019 2 unit rumah.. Untuk sewa bulanan perempuan/lelaki - student atau kerja No.PT 759/PT760 -Taman Baidu...
-
(Rm380/day) Whatsapp : 012-954 3864 SEWAAN HARIAN : sebuah. Banglo setingkat 6 bilik 4 bilik air. 5 bilik hawa dingin + 1 bilik kipas...
-
Check in 2 ptg check out sebelum 12 tengahari SEWAAN HARIAN - RM170/semlm SEBUAH Call/Whatsapp/Telegram : 0129543864 Sewa di Hotel dapa...