Tuesday, 21 April 2015

Usah takut dengan Wang dan salah tanggapan




Masyarakat kita sering mempunyai pandangan atau tanggapan negatif terhadap wang. Kita sentiasa dengar masyarakat sekeliling kita berkata "banyak duit pun bukan boleh dibawa mati". Salah wang kah.? Adakah kita sedar sekarang bila mati pun kita perlu duit untuk beli kain kapan, upah gali kubur,sedekah orang sembahyang mayat, usung keranda(moden guna van keranda) semua tu perlu duit, kalau tak ada duit susah siapa nak urus mayat kita.

Pandangan negatif lagi kalau jadi kaya akan jadi sombong, bongkak, lupa diri, riak , tak mahu berkawan dan macam macam anggapan. Kenapa berpandangan demikian? Adakah kerana perasaan tidak senang melihat kawan atau member kita jadi lebih senang dari kita atau kita tak mampu nak buat macam kawan kita buat dan jadi kaya? Kawan kita rajin tapi kita malas sikit, kita dah selesa apa yang telah ada atau cukuplah padahal tak berapa cukup pun, setiap bulan upah atau gaji lesap begitu je tanpa simpanan pun.

Jadi jika kita mempunyai tangapan negatif terhadap wang, secara psikologi nya anggapan ini akan menghindarkan kita daripada berusaha lebih untuk mendapatkan pendapatan maksimum.

Tidak dinafikan jika tersalah urus, wang menjadi ancaman kepada kehidupan seseorang tetapi ini bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang ke arah mana nak dibawa hidup dengan wang yang banyak. Kita boleh bawa ke arah kebaikan, banyak baik yang boleh dilakukan dengan wang yang banyak contoh nya kalau dulu kita tak dapat bersedekah ,bila ada duit haah bolehlah bersedekah, kalau dulu tidak berzakat kerana tiada harta sekarang bila ada harta berzakatlah kita. Kan dapat menolong ummah. Tepuk dada tanya hati. Hindarlah sikap negatif terhadap wang. Jadikan motivasi bila rakan atau member menuju ke arah kejayaan jalan jalan menjadi kaya. Doakan kaya yang beriman dan bertakwa. Amin.

@@@ Yang kaya menjadi semakin kaya sebabnya ...Mereka tahu apa yang diperlukan,ciri ciri atau prinsip prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Minda untuk berjaya dan berusaha serta kreatif dan sentiasa berfikir ke hadapan..

Banglo 6 bilik 5 berhawa dingin di Gong Kiat Jln Binjai Berambu Kuala Terengganu

  TERKINI !!! Whatsapp  : 0129543864 SEWAAN HARIAN :  RM350/Semlm sebuah. Banglo setingkat 6 bilik 4 bilik air. 5 bilik hawa dingin + 1...